 |
Wednesday, September 24, 2008
SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN
Posted at 03:13 pm by norashburn
Permalink
Thursday, September 18, 2008
kalau pada tahun2 sudah... dapur sy sering berasap lebih pada bulan2 puasa ... tapi pada tahun nie... jangan kata nak berasap... nak nyalakan api dapur gas pun sering tak jadi... sy pula yg berasap2 dalam hati... so pada sesiapa yg baik hati nak sponsor kuih raya... sy terima aje dengan tangan terbuka... kalau tak sebalang dua .... tiga empat lima enam pun boleh jugak... sy tak cerewet... ekekekekkk 
alasan untuk tidak memasak : TAK ADA MASA LAAA! 
Posted at 09:53 pm by norashburn
Permalink
Thursday, September 11, 2008
a flip of a diary... sigh... sigh... sigh...
no wonder she's been counting the days... when it got excatly one week her stayed at the hospital, she started to create scene... ' i want to go home.. i want to go home.. why do you people abadoned me here.. what have i done wrong... i know i'm old... i'm already 80 and ought to die... i'm useless .. that's why you people treated me this way... i want to get someone to call the police... i want to report what you people have done to me... huhuhu... i'm afraid... i'm afraid...'
*sigh* GOD HELP US!
and this patient who was so naughty and mischievous that she started shouting in the middle of the night... 'hey, everybody... wake up! wake up!... see the coffin?... my mother also died in this hospital, you know... why?... scared already hah?...'
and she got aggresive at times... like when she wanted to go home without the doctor's permission... 'why cannot go home?... i want to go home!... i want to go home!... the doctor already confirmed me... where's my husband... call my husband, i want to go home!...' and she flung the cup of milo onto the floor and stomp her feet before making havoc in the other cubicle...
*sigh* what a character!
and a lonely patient... an old lady sitting quietly on her bed... tearing the tissues of her lips bit by bit... blood smeared on her lips... fingers stained with blood... and she seemed not to care the least...
*sigh* oh, God... what a sight!
and every now and then.... screams of relatives for the lost of the loved ones ... God knows i just hate this place...
*sigh* what a luck!
Posted at 06:35 pm by norashburn
Permalink
Wednesday, September 10, 2008
Posted at 11:50 pm by norashburn
Permalink
Thursday, August 28, 2008
SAYA INGIN MENGUCAPKAN :
SELAMAT MENYAMBUT
RAMADAN AL-MUBARAK
SERTA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG
BLOG SAYA!
Posted at 09:46 pm by norashburn
Permalink
Wednesday, August 27, 2008
SEKADAR CORETAN PERIBADI...
Posted at 11:28 pm by norashburn
Permalink
Saturday, August 23, 2008
REVIEW : HATI SEORANG WANITA OLEH EM MUHAMMAD ( OD )
 Ringkasan novel:
Hati Nur Asyidah terluka. Rumahtangga ayah dan ibunya hancur. Ayahnya berkahwin lain. Begitu juga dengan ibunya yang mengikut suami baru berhijrah ke Australia. Bagi Nur Asyidah, ayah dan ibunya terlalu mengikut perasaan mereka tanpa memikirkan tentang dirinya. Akhirnya, Nur Asyidah mula memberontak. Dia menjadi liar.
Ibu tirinya mengambil kesempatan ke atas tingkah-laku Nur Asyidah lalu timbullah fitnah. Nur Asyidah dihukum oleh ayahnya walaupun dia tidak bersalah. Akibatnya, pelajarannya terbengkalai. Dia dicampakkan ke kampung yang serba kekurangan dan tinggal bersama neneknya yang daif.
Hanya setelah neneknya meninggal, ayah mengambil Nur Asyidah semula. Semasa itu, hati Nurasyidah sudah marah. Sudah berdendam.
Namun begitu, hati seorang wanita sentiasa berubah. Begitu juga dengan hati Nur Asyidah. Perlahan-lahan, dendamnya hilang. Perlahan-lahan, marahnya padam. Akhirnya, dia menerima takdir ILLAHI.
Perubahannya itu memeningkan kepala ayahnya yang berasa bersalah dan sedang berusaha untuk memenangi hati puteri tunggalnya semula. Perubahan Nur Asyidah juga mendatangkan curiga di hati ibu tirinya yang suka menempelak tidak kira tempat dan masa. Pertemuan dengan Ikmal Razif membuatkan jiwa Nur Asyidah rindu walaupun pada mulanya kehadiran lelaki itu amat dibencinya. Rupa-rupanya, Nur Asyidah tidak bertepuk sebelah tangan. Ikmal Razif turut menyintainya. Tetapi sayang, Ikmal Razif intim dengan Norliza, kakak tiri Nur Asyidah.
Ulasan HSW.
Apa yang terjadi selepas itu, kenalah baca sendiri. Membaca seterusnya, OD dapat melihat pembalasan yang diterima oleh orang-orang yang menganiaya orang lain. Memang puas hati melihat Datin Rohani menerima padahnya. Norliza juga. Cuma Fuad saja yang nampaknya terlepas dari hukuman.
Watak Nur Asyidah berjaya menyerlahkan watak sebenar seorang wanita. Hati yang sentiasa berubah-ubah sehingga memeningkan kepala suami, ayah dan mereka yang bergelar lelaki. NAB berjaya mempamerkan watak seorang gadis yang terluka, yang belajar dari kesalahannya sehingga dia tidak sanggup melukai hati orang lain.
Tahniah kepada Norisah A. Bakar. Tahniah kerana membuat OD berasa bukan OD sahaja berperangai seperti Nur Asyidah. Tahniah kerana berjaya membuat OD menjiwai diri Nur Asyidah, membangkitkan kemarahan kepada Datuk Ariffin dan Datin Rohani serta keluarganya termasuklah Opah Esah yang tidak sedar diri tetapi akhirnya OD suka kat Opah Esah... ha ha ha. Tahniah kerana membuatkan OD ternampak-nampak Sumarni... huhu... seram tu. Dan tahniah kerana berjaya membuat OD menyampah dengan Ikmal Razif. Kalau cinta katakan cinta, jangan tunjuk eksyen aje... huhu... Tidak hairan mengapa HSW menjadi novel terbaik CESB dalam tahun 2007. Tahniah Nor Ash Burn. Mwah.
Aug 7, 2008
Posted at 03:07 pm by norashburn
Permalink
Wednesday, August 20, 2008
Posted at 04:37 am by norashburn
Permalink
Monday, August 18, 2008
Pepatah Inggeris ada mengatakan : Beggers can't be choosers. Atau dalam pengertian bahasa kita, pengemis tidak boleh memilih melainkan menerima apa sahaja yg diberikan kepada mereka.
Benarkah mereka tidak boleh meminta apa yg mereka lebih perlukan daripada menerima apa sahaja yg mereka tidak perlukan sama sekali? Dan sebagai orang yg memberi, sejauh manakah kita ikhlas dengan pemberian kita itu? Adakah kita memberi kerana bersimpati lalu tidak merasakan perlu untuk mengungkit itu ini lagi? Atau memberi kerana terpaksa atau kerana kepentingan2 lain yg hanya kita sahaja yg tahu.
Sy berpendapat, seseorang itu wajar meminta apa yg dia lebih perlukan daripada menerima apa sahaja yg dia tidak perlukan sama sekali. Bahkan kebelakangan ini pula sy sudah melihatkan trend sebegitu di kalangan peminta sedekah yg mengemis keperluan mereka. Mereka menyatakan apa yg mereka mahu dan menolak apa yg mereka tak perlukan. Misalnya, sudah beberapa kali sy didatangi nyonya2 tua yg meminta 2 dolar untuk membeli makanan kononnya. Tidak tahulah sy jika mereka datang daripada kumpulan tertentu yg bertugas untuk mengemis 2 dolar daripada orang ramai. Seorang biras pula mengadu tentang seorang hamba Allah yg kurang berkemampuan, lebih suka menerima bantuan berupa wang tunai daripada menerima bantuan dalam bentuk barang2 keperluan dapur. Dan cerita bagaimana orang2 kurang berkemampuan di negara2 jiran yg telah menolak pemberian pakaian2 lama walaupun pakaian2 tersebut masih di dalam keadaan baik lagi.
Sebagai seorang pemberi, barangkali anda menganggap tindak tanduk mereka itu agak keterlaluan. Ada juga kerana menyampah dengan sikap sesetengah pengemis yg terlalu 'demanding' itu, lalu mereka langsung menghentikan bantuan yg biasa mereka hulurkan setiap bulan. Ada juga yg setelah memberi, masih lagi menganggap yg barang itu kepunyaan mereka lalu si penerima bantuan itu tidak boleh berbuat sesuka hati sahaja terhadap barang2 tersebut. Ada pula setelah memberi, terus mewar2kannya kepada orang ramai dengan tujuan untuk mendapat pujian. Tak kurang pula yg mengungkit setiap pemberian mereka. Pendek kata ada sahaja yg terlepas keluar dari mulut mereka sama ada dalam sedar atau tidak.
Sebagai orang yg berkemampuan, apakah kita bukan pengemis? Sy kira semua orang sama ada mampu atau tidak, sedar atau tidak, yg terlihat kemewahan mereka pada mata kasar atau tidak, adalah pengemis sebenarnya. Sy mengaku sy seorang pengemis apabila setiap hari, lima kali sehari sy menadah tangan memohon kepada Tuhan agar semua keperluan sy dapat dipenuhi, baik untuk kehidupan di dunia mahupun kehidupan di akhirat. Sy juga seorang pengemis apabila sy mengemis komen2 serta ulasan2 daripada pembaca terhadap karya2 yg telah sy hasilkan. Sy tak malu mengemis daripada mereka kerana sy menganggap banyak kekurangan yg boleh sy perbaiki di masa depan. Sy bukanlah seorang penulis popular yg tak perlukan sebarang komen atau ulasan untuk meyakinkan pembaca terhadap karya2 sy. Dan sebagai menghargai jasa baik mereka memberikan komen2 dan ulasan bermutu itu, sy tak ragu2 dan malu2 pula menampalnya di blog sy untuk tatapan rakan2 dan pembaca lain. Sy melakukan itu agar orang ramai yakin dengan karya sy dan tidak berasa tertipu setelah membelinya.
Namun apa pun tujuan dan niat di hati, seperti pengemis2 yg meminta keperluan tertentu itu, masih ada juga yg mempersoalkan tindak tanduk sy. Sy kira sy tak boleh nak memuaskan hati semua orang. Dan betapa mudahnya meminta pada Tuhan daripada meminta pada hambaNYA. Tuhan tidak pernah menolak permintaan hambaNYA. Bahkan terlalu suka jika hambaNYA sering meminta2 kepadaNYA.
Wassalam
Posted at 09:28 pm by norashburn
Permalink
Monday, August 11, 2008
7 PERKARA TENTANG DIRI SAYA
Saya ditag oleh ATHY mengenai perkara di atas itu. Kalau tidak silap saya, saya pernah ditag sebelum ini dan sudah pun melaksanakan apa yg dipinta. Tapi khas untuk Athy yg berminat ingin tahu... maka ... INILAH SAYA....
1) Saya seorang yang simple. Pakaian saya biasa2 saja. Perhiasan diri pun biasa2 saja. Saya cuma mementingkan kebersihan dan keselesaan diri.
2) Saya menganggap diri saya seorang yg membosankan. Dan saya pasti orang lain juga menganggap saya begitu. Kerana pada dasarnya saya tidak suka bercakap banyak melainkan dengan orang yg saya rasa boleh dekati dan meramahkan diri. Saya tidak memilih dalam pergaulan. Dan saya bukan seorang yg sombong. Tetapi ada juga orang yg saya rasa tidak sesuai untuk saya berhuha-huha dengan mereka.
3) Saya mengutamakan jadual. Contohnya saya makan dan tidur mengikut jadual yg sudah saya tetapkan. Jika saya ada temu janji dengan kawan pada masa2 bukan waktu makan saya, maka saya tidak akan makan walau diajak berkali2. Begitu pula jika saya sedang seronok membaca buku, bila tepat jam 12.00 tengah malam saya tetap akan segera tutup buku dan matikan lampu. Selain daripada itu, saya melakukan kerja2 rumah mengikut jadual. Maknanya kalau memasak mesti pada jam sekian2. Mengemas rumah juga begitu. Saya mengatur masa sehingga ada waktu untuk saya berehat.
4) Semua tahu saya gila membaca. Saya baca apa saja yg elok dan sesuai untuk dibaca. Dan saya tidak suka kalau ada sebarang gangguan ketika membaca. Sebab itu saya memilih bilik tidur sebagai tempat yg seronok dan selesa untuk membaca. Anak2 tidak akan mengganggu selagi saya berada di dalam bilik tidur, dan saya pula seronok membaca sambil berguling2 di atas katil.
5) Selain membaca saya juga suka tidur. Saya boleh tidur berjam2 lamanya dan sambung tidur semudah saya membilas sebiji cawan. Oleh kerana tidur dan membaca menjadi kegemaran utama, maka ia selalu dilakukan beriringan. Saya boleh menghabiskan masa dengan membaca... kemudian tidur... bangun semula membaca dan kemudian sambung tidur semula.. Sebelum tidur malam pun saya akan menghabiskan sedikit masa dengan membaca.
6) Saya menganggap diri saya seorang yg adil. Saya akan pastikan anak2 mendapat bahagian yg sama walaupun benda yg saya belikan itu tidak semestinya sama bentuk dan rupa. Bila ia berlainan bentuk dan rupa, saya akan pastikan yg harga dan nilai keduanya tetap sama.
7) Saya seorang yang tegas. JIka saya tak sukakan sesuatu itu, saya tidak akan teragak-agak untuk bertindak atau berterus terang. Tetapi itu pun bergantung pada keadaan dan dengan siapa saya berurusan. Pernah suatu ketika semasa saya memasuki bahagian menjual produk kecantikan di sebuah kompleks membeli-belah, seorang jurujual yg bertugas di situ telah bergegas menghampiri sebaik melihat saya datang. Tetapi belum pun sempat dia membuka mulut berkata apa-apa, saya sudah terlebih dahulu memberitahunya yg saya tidak mahu diganggu. Dia terkejut dan tergamam. "Uhh?" katanya. Dan saya terus beritahunya sekali lagi, "I said, don't bother to recommend me anything. I'm not interested." Dan dia seperti menikus apabila menjawab, "Oh... okay." Dan senyap2 beredar dari situ.
Oleh kerana permainan menperkenalkan diri sendiri ini sudah banyak dimainkan orang, maka saya tidak ada sesiapa lagi yg boleh sy tag. Tetapi saya nak ucapakan terima kasih jugalah kepada Athy kerana mengetag saya. TERIMA KASIH, ATHY! 
Posted at 09:33 pm by norashburn
Permalink
|
 |
|
|
 |
|