1 ) Berwaspadalah terhadap yang menceritakan keburukan orang dengan bermaksud untuk mempengaruhi anda membenci dan menjauhi orang tersebut. Kerana besar kemungkinan di lain masa pula dia juga akan bercerita tentang keburukan anda kepada orang lain dengan tujuan yang sama.
2 ) Orang yang kata tidak suka mengumpat, sebenarnya lebih sering menimbulkan persengketaan di antara kawan2nya dek kerana mulutnya yang terlalu 'baik' itu.
3 ) Tidak adil mempercayai cerita dan alasan daripada sebelah pihak sahaja tanpa mendengar alasan daripada pihak yang lagi satu.
4 ) Orang yang mengecam orang yang dia tidak pernah jumpa dan kenal secara dekat sebagai bersalah hanya kerana dia mempercayai cerita daripada satu pihak yang kebetulan rapat dengannya, sebenarnya tidak berlaku adil terhadap orang yang dia persalahkan itu. Dia juga sebenarnya telah melakukan pembohongan terhadap dirinya sendiri.
5 ) Sekali seseorang itu berbohong, dia akan terus berbohong apabila ditekan, sehingga dia tidak dapat lagi menutupi pembohongannya itu.
6 ) Dalam banyak kejadian, orang yang bersalah akan mencari seramai mungkin pengaruh atau penyokong untuk menutupi pembohongannya itu. Dalam hal ini dia akan mencipta pembohongan demi pembohongan untuk tujuan tersebut.
7 ) Orang yang penakut akan berdiri di belakang orang lain atau menggunakan orang lain untuk membantu di dalam agenda pembohongannya itu.
8 ) Kadangkala orang yang dibohongi itu tidak mahu bersuara kerana hendak menjaga perasaan orang yang membohonginya itu.
9 ) Sering orang tidak dapat mengenal yang mana kawan dan yang mana lawan sehinggalah semuanya sudah terlewat.
10) Orang yang menyokong itu belum tentu dihargai oleh orang yang dia sokong. Seringkali dia tidak tahu bahawa dirinya sedang dipergunakan atau dia juga pernah dikecam secara diam2 oleh orang yang dia sokong itu.