Kalau dulu ada cerita hantu kum-kum dan makcik sabun FAB yang rajin membersihkan rumah orang, sekarang pula sedang kecoh cerita tentang nenek kerepek kendong cik pon berjualan dari rumah ke rumah. ( ketawa besar )
Cik baru dapat sms tadi. Orang Woodlands tengah kecoh pasal kerepek yang dia orang beli dari sorang nenek tua ni, berubah baunya sebaik nenek tu pergi. Bau kerepek tu busuk seperti bau bangkai. Dah tu siapa2 yang tak beli, nenek tua tu lepaskan pula cik pon dalam rumah. Dia kendong cik pon tu macam dia kendong anak.
Beritahu Mak Cik Glamor sebaik saja saya datang bersalaman dengan dia. Pucat lesi wajah Mak Cik Glamor. Ketara sangat takut dan cemasnya dengan berita yang baru dia terima melalui telefon bimbitnya tadi.
Cik pon? Tanya saya terblur sekejap.
Cik pon... Cik pon... PONTIANAK laaa! Kata Mak Cik Glamor dengan intonasi suara seperti orang tidak sabar dengan biji matanya terbelalak seolah-olah hendak menelan saya.
Waduhhh Payah nak percaya la. Macam mana nenek tua tu kendong hantu? Dia berjualan waktu siang hari ke atau malam? Berapa banyak hantu yang dia kendong? Larat ke? Tak penat ke? Kata dah tua... ( seringai nakal seperti kerang busuk).
Tapi pertanyaan saya itu tidak dijawab oleh Mak Cik Glamor. Mak Cik Glamor lebih berminat menyebarkan berita yang entah benar entah tidaknya itu kepada semua yang hadir.
Kasi tahu anak2 kamu. Hati2 sikit kalau ada orang datang berjualan di rumah. Jangan buka pintu sebarangan. Sekarang dia dah conquer Woodlands dan tengah merayau kat Tampines pula. Siapa la tahu kalau dia tersesat kat tempat kita pula. Kata Mak Cik Glamor dengan wajah serius mengalahkan guru besar.
Conquer?!!
Mata saya dah terbelalak besar. Lepas tu saya betul2 ketawa. Terror juga la nenek kerepek yang kendong cik pon itu. Dah menang kawasan Woodlands. Tidak lama lagi kawasan tersebut akan penuh la dengan cik pon2 yang dia lepaskan itu.
Tapi pagi tadi semasa suami sedang bersiap2 hendak ke tempat kerja, saya tahan dia supaya jangan pergi dulu.
Temankan saya sebentar. Saya nak siram pokok bunga kat luar sana tu. Kang tak sedar... terjengul pula nenek tua tu di depan mata.
Dada saya waktu itu sedang berirama cemas dan khuatir. Takut juga la bila terkenangkan cerita Mak Cik Glamor tentang nenek kerepek kendong cik pon itu. Siapalah tahu kalau betul2 nenek tu wujud?
Laa! Itu pun nak takut! Takut pada Tuhan la bukan pada hantu. Bebel suami lalu memulakan khutbah jumaatnya tentang hantu dan jin dan yang sewaktu dengannya.
Oii! Dia dah conquer Woodlands la! Jangan main-main. Balas saya, tidak mahu kalah sambil terkekeh-kekeh geli hati.