thosai dan cendol seperti sy dan BG... :))
Jika sebelum puasa dulu, sy dan bodyguard ke pasar Geylang baru untuk makan masala thosai. Semalam pula kami ke pasar Tekka baru untuk menikmati makanan kegemaran sy itu.
Teringat masa zaman bujang dulu, sesiapa yg ada niat hendak memikat, pasti akan bawakan masala thosai. Apabila sy ceritakan kepada bodyguard, dia buat dak saja seolah-olah tidak berminat. Tapi kebelakangan ini jika keluar bersama, itu juga makanan yang dia cadangkan supaya kami makan. Dan kerana sy pesan semangkuk cendol semasa di pasar Geylang tempoh hari, dia pun mengesyorkan supaya kami makan cendol juga. Seperti sejarah berulang lagi la nampaknya. Cuma kali ini kami pesan cendol sorang segelas. Tidak seperti hari itu, semangkuk cendol dikongsi berdua.
Sebelum di pasar Geylang dan pasar Tekka, kami selalu makan thosai di sebuah restoran India Muslim yang sy tak ingat namanya. Ia terletak di daerah Serangoon juga dan berhampiran dengan kompleks membeli-belah Mustafa Centre. Kerana restoran itu berhawa dingin, maka thosai yang dijual di situ agak mahal harganya. Tapi keenakannya tetap sama seperti thosai yang dijual di pasar2 makan yang lain. Cuma restoran itu tidak menjual cendol.
Selepas makan thosai, bodyguard ajak makan rojak India pula. Jika ikutkan hati, sy dah tak sanggup nak makan apa jenis makanan lain lagi dah. Tapi sy terpaksa mengalah sebab tahu bodyguard dah lama mengidam nak makan rojak India.
Jika sewaktu di pasar Geylang dulu, kami telah dilihat oleh U. Malu pula bila mengenangkan U nampak kami sedang berkongsi semangkuk cendol padahal kelibat U langsung sy tak nampak dan U kata dia ada di meja belakang.
Tapi semalam, sy menerima panggilan daripada Z. Dia bertanya khabar dan sy tahu apa yang dia cuba nak cungkil daripada sy. Sy tak mahu mengungkitnya terlebih dahulu sebab sy tak mahu menyinggung perasaan Z. Z sedang susah hati dan benar seperti sangkaan sy dia ingin meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang telah berlaku. Sy sendiri pun masih kebingungan dan turut kecewa kerana tidak menyangka Z akan ketinggalan. Tapi ini ujian Tuhan untuk Z. Sy nasihatkan supaya Z bersabar. Z minta supaya sy mendoakan untuknya. Sudah tentu sekali. Sebaik mendapat tahu berita tersebut minggu lalu lagi sy sudah pun mendoakan untuknya. Dan sy akan terus mendoakan untuk Z sehingga hasratnya yang murni itu dikabulkan Tuhan. Insya-Allah.