Tons of MySpace codes at CoolSpaceTricks.com

Every so often something really nice happens that makes my day a little sunnier and the flowers smell much sweeter... Like when I met you!... YOU'RE SPECIAL!...



norashburn
Female
nor_burn@yahoo.com.sg


TEMPAT BERCELOTEH
   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


Add text or HTML here

Takdir (2004)
terbitan Pustaka Nasional Singapura
Anugerah Penghargaan- Sayembara Novel Watan 2




Rinduku Di Angin Lalu (2005)
terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)





Hati Seorang Wanita (2007)
terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)
Novel Terbaik CESB 2007 (No. 2)



Kasih Antara Kita (2008)
terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)

Photobucket


LINK TO :
  • GALERI NOVEL DAN ULASAN

  • NORISAH'S SITE

  • NORASHBURN'S SHELF

  • SERENITY

  • NUTSHELL

  • JHaZKitaro





  • Can You Read My Mind ? ( From Superman ) - Maureen Mcgovern
    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed


    Thursday, May 21, 2009
    jalan-jalan cuci mata... ( 2 )

    Serik sangat naik MRT masa peak hours.  Sesaknya bukan main.  Kalau tak berhimpitan macam sardin dalam tin, mungkin batang mancis tersusun rapat dalam kotak.  Tak boleh nak bergerak langsung walau untuk mengangkat tangan seinci dua.  Badan berhimpitan badan.  Punggung berdakapan punggung.  Bahu berlaga bahu.  Dada bersentuhan dengan beg pikul besar lagi sarat berisi entah apa entah.  JIka pengsan sekalipun, pengsan berdirilah kita semua.  Yang kena cabul pun tak boleh nak buat apa lagi dah.  Tak boleh nak tuduh dicabul atau jerit pekik minta tolong.  Pendek kata keadaan sesak begitu sudah dianggap sebagai suatu keadaan yang tak dapat dielakkan lagi.  Sebarang bentuk pencabulan sama ada yang betul2 berlaku atau tak sengaja berlaku, terpaksalah dimaafkan atau dipejamkan sebelah mata saja.  Kalau tak suka bersesakan, tak perlulah masuk berasakan.  Tunggu saja tren lain yang ada banyak tempat duduk kosong yang membolehkan anda duduk dengan selesa sambil melelapkan mata sehingga sampai ke destinasi yang hendak dituju.   

    Saya perhatikan hampir kesemua yang menaiki tren, baik lelaki mahupun perempuan, tua mahupun muda, budak sekolah mahupun bukan, membawa bersama mereka beg pikul yang besar dan sarat berisi. Terfikir juga apa mungkin ada di dalamnya selain buku dan notebook.  Pernah sekali saya selongkar beg pikul suami dan menemui payung lipat, baju, surat khabar, majalah, beg plastik untuk letak apa entah, botol minuman dan sampah sarap berupa kad dan kertas iklan yang orang edarkan sana sini.  Rajin pulak dia collect, ek.  HEHEHE    

    Masalah kesesakan dalam perut MRT boleh saja dikurangkan jika beg pikul ini tidak dibawa bersama.  Kurangkan beg, boleh masuk lebih ramai orang.  Dan bayangkan, jika kesesakan berlaku, selain berlaga badan, kita juga dilaga beg2 besar yang beratnya berkilo2.  Mana yang lebih menyakitkan? Kena laga dengan orang atau dilaga dengan beg berat?  Kalau tanya saya... dua2 saya tak suka.  Sebab apa.... SAKITTTTT !!.. laga dengan orang sakit... laga dengan beg sakit... dua2nya sakit... Kalau tak percaya, cubalah laga.. Nasib la kalau badan tak lebam membiru keesokan harinya.. HAHAHA...  

     

    Posted at 08:37 pm by norashburn
    Make a comment  

    MURTABAK KENTANG

    Bahan Kulitnya :

    600 gram tepung gandum
    1 sudu besar gula ( jika suka )
    1 sudu teh garam
    1/2 gelas air sejuk

    Cara Membuat Kulitnya :

    1 )  Uli tepung dengan air garam dan minyak hingga sebati.

    2 )  Jadikan adunan kepada 4 ketul dan bulat-bulatkan. 

    3 )  Biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 20 minit.

    Bahan Intinya :

    3 atau 4 biji kentang ( direbus, buang kulit dan lecek halus )
    4 atau 5 biji telur ( dipukul )
    2 labu bawang besar ( dipotong nipis )
    sedikit serbuk lada putih atau lada hitam
    garam secukup rasa

    Cara Membuat Intinya :

    gaulkan semua bahan inti di dalam mangkuk sehingga rata kemudian ketepikan.

    Cara Membuat Murtabak Kentang :

    1 )  Ambil satu ketul dan canai hingga nipis, tuang sedikit minyak kemudian tarik perlahan-lahan tepi tepung.  

    2 )  Masukkan inti di tengah, lipat setiap penjuru sehingga menyerupai 4 persegi.

    3 )  Goreng di atas kuali leper.  Balik-balikkan hingga masak.  


                                  ~ SELAMAT MENCUBA ~

    Posted at 12:16 am by norashburn
    Comments (4)  

    Tuesday, April 21, 2009
    makan yuk...

    Birthday suami kami sambut di pizza hut.  Lucunya, yang makan kat sana lain, yang bawa balik pula lain.  Pendek kata kami sekeluarga kekenyangan piza la hari tu.. HAHAHA


    Photobucket


    Ni pula epok2 yang dimasak oleh kakak ipar.  Dah dekat setahun kami tak makan.  Rindulah pula.  Oleh kerana dia sedang bercuti sebulan ni, sempatlah dia masakkan epok2 kesukaan kami sekeluarga.  Yang ada tanda tu intinya sardin.  Sementara yang tidak bertanda pula kentang.  Rasa kedua2nya -  memang POWER!   


    Photobucket


    Tambahan :  Ni pula murtabak kentang yang dimasak oleh suami buat sarapan kami sekeluarga.  Kulit tepungnya lembut dan intinya padat.  Rasanya pun sedap.  Boleh dimakan dengan cili sos. 

    Posted at 07:06 am by norashburn
    Comments (4)  

    Friday, April 10, 2009
    jalan-jalan cuci mata... ( 1 )

    suatu hari saya dan keluarga melawat zoo.  setelah penat berjalan dan melihat2 binatang, kami pun berhenti berehat di sebuah teduhan berhawa dingin.  sambil makan bekalan yang kami bawa dari rumah, saya pun sibuklah memerhatikan orang ramai yang sedang berlegar di luar melalui dinding kaca.  tidak lama kemudian kelihatan sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka menghampiri.  mata saya terus melekat pada si isteri yang kelihatannya sedang hamil tujuh atau lapan bulan.  dan tanpa dapat ditahan2kan lagi saya pun terus ketawa. 

    tahu apa yang melucukan saya? 

    pakaian yang dipakai oleh si ibu hamil itu la, apalagi!  sudahlah blausnya sendat, singkat pula sehingga tidak cukup menutupi bahagian perutnya yang membusung besar melebihi saiz buah tembikai.  sementara seluar separas lututnya pula hampir terlondeh sehingga menampakkan lurah yang dalam di bahagian punggung.  

    boleh bayangkan tak betapa lucunya penampilan dia ketika itu? 

    tapi mungkin ia trend terkini... iaitu melondehkan seluar di khalayak ramai.  kerana baru2 ini juga saya ada ternampak seorang lagi ibu lain telah melondehkan seluarnya di khalayak ramai kemudian seperti sengaja bertinggung lama2 sambil membelek2 barang yang disusun di lantai kedai seolah2 ingin orang lain memandang kepadanya.  lurah yang kelihatan di bahagian punggungnya pula begitu dalam sehingga hati saya meronta2 ingin memasukkan sesuatu yang bisa buat dia terkejut dan serik hendak melondehkan seluarnya lagi sampai bila2.

    agak2 benda apa yang paling mengesankan sekali ya?... labah-labah?  lipas?  atau lipan?   

    saya kira selain melondehkan seluar di khalayak ramai, mempamerkan perut yang membusung besar juga sudah menjadi trend terkini bagi ibu2 yang mengandung.  barangkali mereka ingin menampakkan rasa bangga mereka dengan kehamilan itu, lebih2 lagi sekarang ini kerajaan begitu menggalakkan orang2 muda seperti mereka supaya beranak ramai.  tidak seperti waktu saya dahulu.  hendak beritahu orang yang kita sedang mengandung pun malu, apalagi hendak menunjukkan perut yang sedang membusung besar.  kata orang, kalau boleh mengecilkan saiz perut, memang saya sanggup.  malu lagi jika orang mula gelarkan kita mak buyung.  macam tak tahu ke mana nak letakkan muka.  


    bercakap tentang mengandung dan malu ni, teringat saya masa syarikat mengadakan latihan kebakaran atau 'fire drill' untuk semua kakitangannya.  masa tu saya sedang sarat mengandung dan tentu sekali latihan itu menggusarkan saya.  takkanlah saya nak kena turun beratus2 anak tangga untuk sampai ke tingkat bawah kerana lif tidak boleh digunakan semasa latihan dijalankan.  bukan saja ia menyusahkan saya, bahkan saya menganggapnya terlalu bahaya.  bagaimana jika masa berebut2 nak turun itu, saya tersalah langkah atau ditolak secara tidak sengaja oleh orang di belakang saya?  memanglah pihak yang menganjurkan latihan itu selalu berpesan supaya kami bertenang dan jangan berebut2.  tapi siapa boleh bertenang jika sudah berada dalam keadaan sesak begitu?  


    jadi saya terpaksalah mengelat.  sebelum alarm dibunyikan ( nasib baik mereka umumkan waktu latihan itu akan diadakan terlebih dahulu ), saya pun siang2 lagi sudah turun ke bawah dengan menaiki lif.  kata orang, tak payah la nak buang peluh dan tenaga pun boleh dijimatkan.


    tapi selepas itu terpaksalah saya buat muka selamba, tadah sengih dan gelak budak2 civil defence yang bertugas di bawah.  nak buat macam mana lagi... dah terpaksa.  sabar aje la!   

    Posted at 04:37 am by norashburn
    Comments (2)  

    Wednesday, April 01, 2009
    TAG DARI WABBIT

    1. Snap the picture of both inner and outer of your wallet
    2. Introduce your wallet brand, the price and where you bought it
    3. Take out whatever it is inside the wallet (at least 5 pictures)
    4. Snap a picture of your wallet with yourself

    Tag ni dah basi.  Orang lain semua dah lama buat, baru sekarang saya nak buat sebab malas nak upload gambar.  Dan juga sebab saya sering bertukar wallet, jadi tak tahulah wallet yang mana satu saya nak tunjukkan di sini.  


    Photobucket


    Tapi wallet charles jourdan ini istimewa sebab saya tak beli di singapura.  Lagi usianya dah lebih dua puluh tahun tapi masih dalam keadaan baik.  Selain sukakan warna dan coraknya yang simple, saya pun sukakan bentuknya yang leper dan ringan.  Kebetulan pula ia sepadan dengan tali jam tangan solvil et titus yang saya pakai dulu.  Harganya?  Dah tak ingat lagi.


    Photobucket


    Ni gambar bahagian dalam wallet tu.  Selain wang yang tak seberapa jumlahnya dan dalam pelbagai warna dan saiz pula, saya cuma membawa beberapa kad penting saja seperti kad pasar raya, kad diskaun kedai buku, kad penerbit buku, kad rakan penulis, kad travel agency, kad DJ, kad tukang masak, kad tukang buat kuih dan kad mak andam.  Bukannya apa, manalah tahu anak nak kahwin, senang nak berurusan dengan mereka.  Cuma dua jenis kad saja yang saya tak ada...  kad atm dan kad kredit.     

    Photobucket


    Nak kena tunjuk muka dengan wallet ni pula?  How come?  Tak percaya ke yang wallet ni saya punya?  


    Photobucket

    Trust me!....  Ngeh ngeh ngeh...

    Posted at 11:48 pm by norashburn
    Comments (8)  

    Wednesday, March 25, 2009
    kucing...

    Jika pakcik di tingkat bawah itu suka beri makan burung, jiran baru di depan rumah saya pula suka beri makan kucing.  Ada seekor kucing bertompok kuning putih yang selalu turun naik ke tingkat kami.  Kucing itu dahulunya orang atas yang punya, tetapi telah dipelihara sekejap oleh jiran di sebelah rumah jiran baru saya itu.  Setelah dibuang, kucing itu sekarang dipelihara pula oleh jiran di tingkat dua. 

    Jiran baru depan rumah saya itu menyangka kucing bertompok kuning putih itu tidak bertuan, lalu hari2 la mereka kasi makan.  Kasi makan pula bukan di halaman rumah mereka, tetapi di tangga tepi rumah saya.  Hari2 adalah tisu berisi makanan kucing dan sekotak air minuman yang ditinggalkan di situ.  Kotak minuman itu pula akan diletakkan secara terbaring, siap dengan straw terpacak dilubang untuk kucing itu sedut.

    Lucukan?  Kucing pun pandai sedut air.  Kerja bodohlah saya katakan.  Dan lagi, kotorkan tempat saya juga.  Lalu tanpa banyak cerita, kotak minuman itu akan saya pungut dan campakkan saja ke dalam tong sampah.       

    Kucing bertompok kuning putih itu sebenarnya mempunyai saudara lain.  Sebaik saja pandai berjalan, kelima-lima mereka telah dibuang di tempat saya.  Kononnya jiran yang beri tempat kepada si ibu kucing untuk melahirkan anak2 kucing itu sebenarnya geli dan takut pada kucing.  Lalu dia berharap semoga saya dapat memelihara kesemua anak2 kucing itu. 

    Tetapi saya beritahu dia yang saya sendiri takut pada kucing.  Lebih2 lagi anak2 kucing yang nakal dan ganas seperti samseng.  Sudahlah pokok bunga di luar rumah saya habis mereka kerjakan.  Mereka memanjat pula pintu pagar rumah saya, bergayut dan buat aksi stunt di situ.  Sebaik saja pintu rumah dibuka, berebut2 la mereka masuk lalu menyusup ke bawah kerusi dan bawah almari.  Saya nanti yang akan terlatah2 macam orang tidak siuman... tidak tahu bagaimana hendak menghalau anak2 kucing itu keluar.  Pendek kata, boleh kena sakit jantunglah dibuatnya kita! 

    Berkali2 saya beritahu jiran yang buang anak2 kucing itu supaya mengambil balik anak2 kucing dia.  Tapi dia buat tak faham saja dengan rayuan saya.  Bahkan dia sediakan pula sebuah kotak besar untuk anak2 kucing itu berteduh di waktu malam.  Dia suruh saya panggil orang2 SPCA jika saya tidak tahan lagi dengan kerenah anak2 kucing itu.

    Mudah, kan?  Semua beban dia tolak kepada saya.  Tidak semena2 pula saya yang kena buat kerja kotor lagi tidak berhati perut itu! 

    Lalu saya pun beritahu dia yang saya tak main SPCA.  Saya akan terus telefon polis untuk buat aduan.  Sebab pertama : dia buang binatang peliharaan dia sebarangan di tempat saya.  Kedua : dia kotorkan tempat saya dengan meletakkan kotak besar yang sudah dianggap seperti sampah.  Dan ketiga : pokok bunga saya dah rosak dek perbuatan anak2 kucing dia.  

    Syukur la...  Keesokan harinya, kesemua anak2 kucing itu ( kecuali yang bertompok kuning putih dan yang telah diambil oleh jiran sebelah rumah jiran baru saya itu ) bersama ibu kucingnya sekali, tidak kelihatan lagi di mana2.  Apa sudah terjadi kepada mereka?...  wallahuakhlam bissawab...            

        

    Posted at 10:27 pm by norashburn
    Comments (2)  

    Tuesday, March 24, 2009
    burung...

    Tiba2 saja terdengar bunyi letupan kuat.  Terkejut besar bila nampak ada seorang lelaki sedang mengacu senapang ke atas seperti nak tembak orang.  Terjerit2 la saya memanggil suami.  Tapi belum sempat suami datang, satu letupan kuat berbunyi lagi.  Berdebuk sesuatu jatuh ke tanah.  Laa ...  Tembak burung gagak rupa2nya.  Empat kali tembak... empat burung gagak jatuh ke bumi tidak bernyawa lagi.  Bapak gagak.  Emak gagak.  Dan dua ekor anak gagak yang baru beberapa hari melihat dunia. 

    Saya ingat lagi gagak2 itu baru saja sebulan bersarang di atas pokok di depan rumah saya itu.  Seekor gagak besar membawa naik ranting patah ke atas pokok sementara seekor lagi menyusunnya elok2.  Pagi2 bekerja, petang saja sudah terbina sebuah sarang yang cantik.  Tetapi sekarang sarang itu sudah kosong.  Dua hari berturut2 pula seekor gagak lain terjerit2 seperti mencari gagak2 yang sudah mati itu.  

    Kehadiran burung2 merpati, tiung dan gagak yang banyak di tempat kami ini mungkin berpunca daripada kebiasaan seorang pakcik yang rajin sekali memberi makan burung.  Setiap pagi mesti ada lebihan nasi semalam yang dicampakkannya ke tanah dan burung2 akan datang memakannya.  Sudah tentulah bila mudah untuk mendapatkan makanan, maka sukalah burung2 itu membuat sarang di pokok2 berhampiran. 

    Masalahnya burung2 ini suka pula bertenggek di tingkap2 rumah kami dan melepaskan hajat masing2.  Nanti tingkap rumah kami akan menjadi kotor dengan najis2 burung.  A
    pek yang tinggal di tingkat atas rumah saya pula, hampir setiap hari akan bertempik menghalau burung2 yang datang bertenggek di tingkap dapur rumahnya.  Pendek kata susahlah hendak jaga kebersihan kawasan sekeliling jika ada orang seperti pakcik yang mengamalkan sikap belas ihsan terhadap binatang tetapi tidak memikirkan perasaan jiran sendiri.  Memangpun perbuatan dia memberi makanan kepada burung adalah satu kesalahan.  Tetapi sehingga kini belum ada lagi sebarang aduan yang dibuat terhadapnya.  Sama ada orang tidak tahu yang perbuatan pakcik itu salah, atau pun mereka tidak kisah berbanding apek yang tinggal di tingkat atas rumah saya itu.     

        

    Posted at 10:30 pm by norashburn
    Make a comment  

    Tuesday, March 17, 2009
    misi kecil... tapi penting...

    bodyguard tu pantang aje kalau tahu kaki saya dah baik, mula la dia nak ajak saya melangkah cepat2.  saya biarkan aje dia jalan dulu.  saya beritahu hani, biarkan dia tunggu kita di interchange, kita relaks2 aje jangan kelam kabut.  masa dalam bas tiba2 hujan.  mujur air-cond bas tak kuat.  saya dah berkira2 nak pinjam aje baju spare si bodyguard tu.  dia kalau nak ke mana2 memang selalu bawa ekstra baju kemeja lengan panjang, just in case ada yang kesejukan.  saya ingat ada satu baju kemeja yang dia tak suka nak pakai, lalu saya pinjam pakai masa ke KL dulu.  of course la besar untuk badan saya, tapi saya rasa cukup selesa.  dan selepas tu, tiba2 aje dia jadi suka pula nak pakai baju tu...      
       
    masa kami sampai hujan pun berhenti.  nampak aje fort canning park, bodyguard pun ajak kami ke sana.  saya ingatkan dia yang kaki saya baru aja nak baik, so tak berani la saya nak daki bukit tu. kami sampai di bangunan M.  security guard yang jaga di lobi tu bukan orang tempatan.  susah la nak bercakap dengan dia sebab dia tak berapa fasih bahasa inggeris apalagi nak faham bahasa melayu.  terpaksa la kami bercakap bahasa ayam itik.  naik ke tingkat atas, tapi si bos pula tak datang.  seorang pun kakitangan dia tak tahu apa nak buat.  in the end terpaksa la sorang pegawai dia telefon minta arahan... 

    lepas tu kami ke clarke quay dan seterusnya ke chinatown.  rupa2nya ada beberapa gerai melayu di sana.  saya order mi siam goreng sebab dah lama tak makan.  hani pun sama.  tapi tak rasa kenyang pula makan mi siam, lalu saya pun jenguk apa bodyguard order.  dia order nasi campur dan nasi lemak lalu saya pun apalagi, main tukar2 pinggan la dengan dia.  semuanya saya nak rasa.  memang sedap la makanan kat gerai tu.  tapi bodyguard kata, kalau perut sedang lapar, memang semuanya rasa sedap.  dan bila saya fikirkan balik, memang ada benar la apa yang dia cakapkan tu...  

    Posted at 03:06 am by norashburn
    Make a comment  

    Monday, March 16, 2009
    friends of yesteryears... miss u so...

    While going thru the old albums, i came across this letter with some other birthday cards i received from friends...

    "Dearest Norisah

         Please forgive us for the delay.  It's the date we forgot and not dearest you.  Anyway tho'  belated, but we are taking this opportunity in wishing you the Merriest, Happiest, Prosperous Birthday.  May the Almight God bless you with success in all your scope of life.

         You are indeed a very different person.  You are very nice both physically and mentally.  We are lucky to have you both as a colleague and a friend.  Be your natural self because that's where we like you. 

         Hopefully all your dreams will come true.  And may you at least put on 5 to 6 kgs.  Hope to see you 'better' ( in weight ) the next birthday. 

         Sincerely hoping you would appreciate this small but sincere gift.

    From :  Tham Yee Fun
                 Anu
                 Santho


    Indeed I can still remember their cheeky smiles while handing me this letter.  They're damn funny girls.  But I luv them all!

    And this small note Rasedah wrote to me in jest while she's madly in love with one hollywood actor played or named a Magnum something...


    "Magnum loves Rasedah Begum very much and Rasedah Begum loves Mag very much also.  Their love is reciprocated by God's most gracious blessings and agree by Him b'cos their / our love is so pure and true.  Our love is taken as an example for the world to look on and survive.
                                                             ~MagRas~
                                                       


    HA HA HA .. Rasedah should know how I feel like vomiting after reading her note... Miss you Begum.  Really do... *sob sob sob*

    Posted at 04:35 am by norashburn
    Make a comment  

    Thursday, March 05, 2009
    one busy week... the kiasu style...

    wah lau!  busy week this mah... monday morning rushed to class like mad... half an hour only to get ready... bathed anyhow... wear clothes anyhow... lucky hubby was around to zoom me there... pai seh... was late again... but not my fault ley... last week said no class... later said got class... why like that one meh?... then returned home to start cooking and do some laundry... if one day don't do... sure the next day grow high like mountain... terok ley!

    tuesday morning... thought want to relax a bit... don't want to rush thing like tomorrow sure never comes... everything want to do slowly slowly... some more left me and hubby only at home... can cook late mah... can do laundry late mah... can dilly-dally a bit mah.... can do WHATEVER we like mah... can do.... HA HA HA

    but then... MOTHER-IN-LAW HAD TO APPEAR AT THE DOORSTEP AND SAID HAI HAI HAI...

    ah lah mah... had to rush like mad to the toilet lah... bathed anyhow... wear clothes anyhow... then greet her with kissing on the right cheek... muah... and kissing on the left cheek... muah... then rushed to the kitchen to prepare some drinks... then rushed back to the kitchen to start cooking... cooked non-stop for almost two hours... and tadaaa... everything was ready on the table for everyone to tuck in... mother-in-law was satisfied and soon bade us good-bye... but before she left... we kissed some more... right cheek ... muah... left cheek... muah... SMILE SMILE ... and she was gone... then had to rush to do some washing... now that it's late already!

    wednesday morning... son at home and showed a sulky look... grumbled his room was messy and untidy... so whose fault is that meh?... you don't want to clean up... so just bear with all the rubbish lah!... then he started to move the old cupboard out of the room... for one second I thought he had become superman... wah lau!... so strong!... must be fed-up already that's why he dared to move the old thing all by himself... so hubby gave him permission to do whatever he thinks right... so long as he leave the old cupboard alone... and while he was busy with his cleaning up... i simply cannot do any housework myself... how to do...  when i had to do the supervising job instead... so everyone had to eat instant noodles later on...  and i was the one who fell into a deep sleep right after lunch... like i was the one who did the most work lah it seemed! HA HA HA... 

    today... things still go rushing rushing rushing... and will go on rushing rushing rushing until the week ends... don't believe?... just wait and see...      

     
     

    Posted at 08:30 pm by norashburn
    Comments (2)  

    Previous Page Next Page