|
 |
|
Tuesday, September 29, 2009
thosai dan cendol seperti sy dan BG... :))
Jika sebelum puasa dulu, sy dan bodyguard ke pasar Geylang baru untuk makan masala thosai. Semalam pula kami ke pasar Tekka baru untuk menikmati makanan kegemaran sy itu.
Teringat masa zaman bujang dulu, sesiapa yg ada niat hendak memikat, pasti akan bawakan masala thosai. Apabila sy ceritakan kepada bodyguard, dia buat dak saja seolah-olah tidak berminat. Tapi kebelakangan ini jika keluar bersama, itu juga makanan yang dia cadangkan supaya kami makan. Dan kerana sy pesan semangkuk cendol semasa di pasar Geylang tempoh hari, dia pun mengesyorkan supaya kami makan cendol juga. Seperti sejarah berulang lagi la nampaknya. Cuma kali ini kami pesan cendol sorang segelas. Tidak seperti hari itu, semangkuk cendol dikongsi berdua.
Sebelum di pasar Geylang dan pasar Tekka, kami selalu makan thosai di sebuah restoran India Muslim yang sy tak ingat namanya. Ia terletak di daerah Serangoon juga dan berhampiran dengan kompleks membeli-belah Mustafa Centre. Kerana restoran itu berhawa dingin, maka thosai yang dijual di situ agak mahal harganya. Tapi keenakannya tetap sama seperti thosai yang dijual di pasar2 makan yang lain. Cuma restoran itu tidak menjual cendol.
Selepas makan thosai, bodyguard ajak makan rojak India pula. Jika ikutkan hati, sy dah tak sanggup nak makan apa jenis makanan lain lagi dah. Tapi sy terpaksa mengalah sebab tahu bodyguard dah lama mengidam nak makan rojak India.
Jika sewaktu di pasar Geylang dulu, kami telah dilihat oleh U. Malu pula bila mengenangkan U nampak kami sedang berkongsi semangkuk cendol padahal kelibat U langsung sy tak nampak dan U kata dia ada di meja belakang.
Tapi semalam, sy menerima panggilan daripada Z. Dia bertanya khabar dan sy tahu apa yang dia cuba nak cungkil daripada sy. Sy tak mahu mengungkitnya terlebih dahulu sebab sy tak mahu menyinggung perasaan Z. Z sedang susah hati dan benar seperti sangkaan sy dia ingin meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang telah berlaku. Sy sendiri pun masih kebingungan dan turut kecewa kerana tidak menyangka Z akan ketinggalan. Tapi ini ujian Tuhan untuk Z. Sy nasihatkan supaya Z bersabar. Z minta supaya sy mendoakan untuknya. Sudah tentu sekali. Sebaik mendapat tahu berita tersebut minggu lalu lagi sy sudah pun mendoakan untuknya. Dan sy akan terus mendoakan untuk Z sehingga hasratnya yang murni itu dikabulkan Tuhan. Insya-Allah.
Posted at 03:11 pm by norashburn
Permalink
Sunday, September 27, 2009

bercakap di depan ~ mengata bercakap di belakang ~ mengumpat bercakap yang benar di belakang ~ mengaibkan bercakap yang tidak benar ~ memfitnah
BENCANA2 LIDAH YANG LAIN : ~ menghasut ~memaki orang ~mencaci keburukan orang ~mengejek2 orang ~merendahkan pekerti seseorang ~bersumpah palsu ~bersaksi bohong ~melaknati orang ~menuduh seorang Muslim dengan tuduhan kufur ~mendoakan seseorang Muslim supaya ditimpa kecelakaan ~janji bohong ~mengadu-domba sebagai talam dua muka ~bicara yang kotor ~berbantah2an ~sindir-menyindir ~cakap lucah yang malu didengar ~menyampuk pada perkara yang tidak ada kena-mengena dengan diri sendiri
Posted at 09:32 pm by norashburn
Permalink
Friday, September 11, 2009
~SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA~
Posted at 06:12 am by norashburn
Permalink
Thursday, August 27, 2009

Award2 ni sy terima daripada SUZRY... TERIMA KASIH, SIS! I like! :)
Posted at 09:14 pm by norashburn
Permalink
Tuesday, August 18, 2009
kepada semua rakan Muslimin dan Muslimat, sy ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT SYAHRU RAMADAN ALMUBARAK dan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
semoga ibadah kita diterima Allah s.w.t.
Posted at 10:21 pm by norashburn
Permalink
Wednesday, August 05, 2009
NDP 2009 SONG * REACHING OUT - REACHING UP*
WHAT DO YOU SEE? ---------------------------
verse 1 )
there's a jewel on the ocean a gem upon the sea where the future is an open book a land of destiny we could set our sights into the wind and sail the seven seas or climb the highest mountain top as long as we believe
what do you see? what do you see?
chorus :
see the moon and the stars look how far we have come look around at our faces they shine brightly in the sun with our hopes and dreams imagine what tomorrow it may bring
what do you see? what do you see?
verse 2)
now the time has come to reach out to open up to see that we stand together in this land cos' we are family as thoughts of reaching to the sky are carried on a dream with hearts and minds united our dreams we will achieve
what do you see? what do you see?
*repeat chorus*
bridge :
what do you see when life makes you take on a moutain you'll see that nothing's gonna stand in your way together we can share the strength of million and the courage of a million more
chorus end:
see the moon and the stars look how far we have come look around at our faces they shine brightly in the sun with our hopes and dreams imagine what tomorrow it may bring cos' the sky's the only limit when you're not afraid to dream
what do you see? what do you see?
HAPPY 44th BIRTHDAY S I N G A P O R E ! ! ( 9th Aug 2009 ) *REACHING OUT - REACHING UP*
THE PLEDGE --------------------
We, the citizens of Singapore, pledge ourselves as one united people, regardless of race, language or religion to build a democratic society, based on justice and equality, so as to achieve happiness, prosperity and progress for our nation.
Kami, warganegara Singapura, sebagai rakyat yang bersatu padu, tidak kira apa bangsa atau ugama, berikrar untuk membina suatu masyarakat yang demokratik, berdasarkan kepada keadilan dan persamaan untuk mencapai kebahagiaan, kemakmuran dan kemajuan bagi negara kami.
Posted at 07:27 pm by norashburn
Permalink
Monday, August 03, 2009
orang kata biar genggam erat... biar terzahir kemesraan. Begitulah yang sy lakukan ketika bersalaman dengan teman2 hari tu. Sehinggalah...
Aduhhhh! Tangan makcikkkk! Serentak itu terdengar bunyi berkretuk yang agak luar biasa kuatnya. Mak Cik Z terus terkaku menahan rasa sakit di depan sy.
Soryy, makcik! Sorry! Sy tak sengaja. Lalu sy usap2 tangan kanan Mak Cik Z yang sy tergenggam kuat semasa bersalaman dengannya tadi. Muka pula dah naik berbahang ketika digelakkan oleh teman2. Apalagi U yang ada berhampiran... janganlah dia nampak apa yang sy dah TERbuat kat Mak Cik Z tadi.
Kuat sangat kau tu! getus Makcik D sambil menjeling manja kat sy.
Tak disengajakan! kata sy lagi, tersengih serba tak kena. Terasa macam nak menangis ada. Nak ketawa pun ada. Manalah sy tahu yang tulang-belulang Mak Cik Z dah rapuh semuanya? Sy yang ghairah nak bersalaman dengannya tadi, main sambar dan genggam saja ketika dia menghulurkan tangannya. Nasib baik Mak Cik Z tak cedera. Marah pun langsung tidak.
Tulang cik memang dah tak kuat lagi dah, kata Mak Cik Z tenang sambil beredar mendekati U. Dalam hati sy akur. Bukan saja dah tak kuat. Malahan dah seperti biskut pula rasanya! keadaannya! RANGUP!
Alahai!
Posted at 09:23 pm by norashburn
Permalink
Thursday, July 16, 2009
Kalau dulu ada cerita hantu kum-kum dan makcik sabun FAB yang rajin membersihkan rumah orang, sekarang pula sedang kecoh cerita tentang nenek kerepek kendong cik pon berjualan dari rumah ke rumah. ( ketawa besar )
Cik baru dapat sms tadi. Orang Woodlands tengah kecoh pasal kerepek yang dia orang beli dari sorang nenek tua ni, berubah baunya sebaik nenek tu pergi. Bau kerepek tu busuk seperti bau bangkai. Dah tu siapa2 yang tak beli, nenek tua tu lepaskan pula cik pon dalam rumah. Dia kendong cik pon tu macam dia kendong anak.
Beritahu Mak Cik Glamor sebaik saja saya datang bersalaman dengan dia. Pucat lesi wajah Mak Cik Glamor. Ketara sangat takut dan cemasnya dengan berita yang baru dia terima melalui telefon bimbitnya tadi.
Cik pon? Tanya saya terblur sekejap.
Cik pon... Cik pon... PONTIANAK laaa! Kata Mak Cik Glamor dengan intonasi suara seperti orang tidak sabar dengan biji matanya terbelalak seolah-olah hendak menelan saya.
Waduhhh Payah nak percaya la. Macam mana nenek tua tu kendong hantu? Dia berjualan waktu siang hari ke atau malam? Berapa banyak hantu yang dia kendong? Larat ke? Tak penat ke? Kata dah tua... ( seringai nakal seperti kerang busuk).
Tapi pertanyaan saya itu tidak dijawab oleh Mak Cik Glamor. Mak Cik Glamor lebih berminat menyebarkan berita yang entah benar entah tidaknya itu kepada semua yang hadir.
Kasi tahu anak2 kamu. Hati2 sikit kalau ada orang datang berjualan di rumah. Jangan buka pintu sebarangan. Sekarang dia dah conquer Woodlands dan tengah merayau kat Tampines pula. Siapa la tahu kalau dia tersesat kat tempat kita pula. Kata Mak Cik Glamor dengan wajah serius mengalahkan guru besar.
Conquer?!!
Mata saya dah terbelalak besar. Lepas tu saya betul2 ketawa. Terror juga la nenek kerepek yang kendong cik pon itu. Dah menang kawasan Woodlands. Tidak lama lagi kawasan tersebut akan penuh la dengan cik pon2 yang dia lepaskan itu.
Tapi pagi tadi semasa suami sedang bersiap2 hendak ke tempat kerja, saya tahan dia supaya jangan pergi dulu.
Temankan saya sebentar. Saya nak siram pokok bunga kat luar sana tu. Kang tak sedar... terjengul pula nenek tua tu di depan mata.
Dada saya waktu itu sedang berirama cemas dan khuatir. Takut juga la bila terkenangkan cerita Mak Cik Glamor tentang nenek kerepek kendong cik pon itu. Siapalah tahu kalau betul2 nenek tu wujud?
Laa! Itu pun nak takut! Takut pada Tuhan la bukan pada hantu. Bebel suami lalu memulakan khutbah jumaatnya tentang hantu dan jin dan yang sewaktu dengannya.
Oii! Dia dah conquer Woodlands la! Jangan main-main. Balas saya, tidak mahu kalah sambil terkekeh-kekeh geli hati.
Posted at 08:56 pm by norashburn
Permalink
Tuesday, July 07, 2009
1 ) Berwaspadalah terhadap yang menceritakan keburukan orang dengan bermaksud untuk mempengaruhi anda membenci dan menjauhi orang tersebut. Kerana besar kemungkinan di lain masa pula dia juga akan bercerita tentang keburukan anda kepada orang lain dengan tujuan yang sama.
2 ) Orang yang kata tidak suka mengumpat, sebenarnya lebih sering menimbulkan persengketaan di antara kawan2nya dek kerana mulutnya yang terlalu 'baik' itu.
3 ) Tidak adil mempercayai cerita dan alasan daripada sebelah pihak sahaja tanpa mendengar alasan daripada pihak yang lagi satu.
4 ) Orang yang mengecam orang yang dia tidak pernah jumpa dan kenal secara dekat sebagai bersalah hanya kerana dia mempercayai cerita daripada satu pihak yang kebetulan rapat dengannya, sebenarnya tidak berlaku adil terhadap orang yang dia persalahkan itu. Dia juga sebenarnya telah melakukan pembohongan terhadap dirinya sendiri.
5 ) Sekali seseorang itu berbohong, dia akan terus berbohong apabila ditekan, sehingga dia tidak dapat lagi menutupi pembohongannya itu.
6 ) Dalam banyak kejadian, orang yang bersalah akan mencari seramai mungkin pengaruh atau penyokong untuk menutupi pembohongannya itu. Dalam hal ini dia akan mencipta pembohongan demi pembohongan untuk tujuan tersebut.
7 ) Orang yang penakut akan berdiri di belakang orang lain atau menggunakan orang lain untuk membantu di dalam agenda pembohongannya itu.
8 ) Kadangkala orang yang dibohongi itu tidak mahu bersuara kerana hendak menjaga perasaan orang yang membohonginya itu.
9 ) Sering orang tidak dapat mengenal yang mana kawan dan yang mana lawan sehinggalah semuanya sudah terlewat.
10) Orang yang menyokong itu belum tentu dihargai oleh orang yang dia sokong. Seringkali dia tidak tahu bahawa dirinya sedang dipergunakan atau dia juga pernah dikecam secara diam2 oleh orang yang dia sokong itu.
Posted at 08:37 pm by norashburn
Permalink
Monday, July 06, 2009
ingatkan rugi kehilangan mereka tapi Tuhan Maha Berkuasa digantikan dengan yang lebih baik daripada itu yang mengajak kepada kemenangan bukan yang menghasut untuk kehancuran tidak masuk syurga yang memutuskan silaturahmi
Posted at 10:53 pm by norashburn
Permalink
|
|
|